Members (Click Join)

Sunday, October 4, 2015

Lamanya tak update..

PT3 tinggal seminggu sahaja lagi..
SPM dan STPM pula akan menyusul.
Perkongsian byk di telegram skrg ni. Namun saya akan masukkan soalan percubaan SPM.
Nantikan.

Friday, June 21, 2013

Contoh Rujukan

Para pelajar yang dikasihi kat bawah ni contoh untuk menulis rujukan jer tau..Jangan tiru bulat2 dari sini.Nanti tak pasal2 kena buat semula..ok.Good Luck.

Buku
Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003. Sejarah Tingkatan 2.
Kuala Lumpur:DBP.
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and
Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal
Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH.
Vol 1.Mac 1960.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000
Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak,
68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia
Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokoh agung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

Tuesday, September 4, 2012

SAYA DAH MASUKKAN SOALAN PERCUBAAN PMR SEJARAH NEGERI-NEGERI TAHUN 2012.BARU UPLOAD 9 SET SOALAN.KLIK LINK 'SOALAN PMR' DI ATAS UNTUK DOWNLOAD YER..NEGERI2 YANG BELUM ADA AKAN SAYA USAHAKAN.HARAP BERSABAR.

Friday, May 11, 2012

SEJARAH HARI IBU YANG HARUS ANDA KETAHUI

Berdoa Untuk Ibu Anda Setiap Hari, Lebih Baik Dari Anda Menyambut Hari Ibu Sekali Setahun

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Diambil dari http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/sejarah-hari-ibu.html
Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Sunday, April 1, 2012

SAJAK PATRIOTIK

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

50 tahun dahaulu..

stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..

tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..

50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman damai

Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

dipetik daripada http://imransainsdungun.blogspot.com/2010/08/koleksi-sajak-kemerdekaan-2010.html

TRAGEDI DULU
  
  
  
KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA

  
  
  
Bumi ini pernah diulit tragedi
  
  
  
mimpi ngeri berdarah
  
  
  
deritanya hingga ke tulang sendi
  
  
  
Anak-anak dulu takut pada pedang
  
  
  
dari Matahari Terbit
  
  
  
Anak-anak dulu gementar pada senapang
  
  
  
dari Barat yang jauh
  
  
  
Kini semua ini
  
  
  
usahkan gentar
  
  
  
malah menjadi suatu kebanggaan
  
  
  
terucap di lidah
  
  
  
pada tubuh-tubuh
  
  
  
pada mata dan budaya
  
  
  
Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
  
  
  
kita tentang dengan minda merdeka
  
  
  
Namun hari ini,
  
  
  
mereka menjajah minda anak-anak kita
  
  
  
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
  
  
  
menjadi benteng kemerdekaan?
  
  
  
Tragedi dahulu,
  
  
  
kini perlahan-lahan
  
  
  
halus, diam, merapati kita
  
  
  
bersahabat dengan minda anak-anak kita
 
  
  

Saturday, December 31, 2011

Salam 1 Malaysia Salam Perak Aman Jaya

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah, impian untuk membangunkan sebuah blog yang khusus untuk anak-anak didik mempelajari SEJARAH akhirnya terlaksana. Blog ini dibangunkan untuk pelajar-pelajar yang berada di Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 dan blog ini sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Doa cikgu, semoga anda semua dapat memanfaatkan apa yang ada di dalam blog ini sebaik-baiknya.

"Tabir yang memisahkan antara kami dengan kejayaan hanyalah putus asa. Jika harapan tertanam kuat dalam diri, maka dengan izin Allah kita akan mencapai banyak kebaikan"

"Jika jiwa manusia istiqamah dan jernih, maka apa saja yang muncul darinya akan menjadi soleh dan indah"

"Orang pintar adalah orang
yang merenungi suatu
masalah sebelum terjadinya,
lalu menyiapkan bekal untuk menghadapinya"


Cikgu Mariam