Members (Click Join)

PBS DAN KBAT TING 3

BAB 1 : ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

A.Pilih jawapan yang betul

Soalan 1 Berdasarkan senarai di bawah
·         Asia Untuk Asia

·         Lingkungan Kesemakmuran Bersama

Asia Timur Raya

1        Berdasarkan kedua-dua slogan di atas, mengapakah Jepun menggunakannya?

A  Menjadikan Asia berada di bawah pemerintahan orang Asia

      B  Menjadikan Asia kawasan yang maju dan terkenal di dunia

      C  Mendapatkan bahan mentah dan mengalahkan  Barat

      D  Mendapatkan sokongan penduduk Asia mengusir kuasa Barat

Soalan 2 berdasarkan peta di bawah

2        Berdasarkan peta di atas, apakah faktor yang menyebabkan Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat?

A  Semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Jepun

B  Semangat bekerjasama di kalangan penduduk tempatan

C  Strategi pertahanan British yang tidak terancang

D  Strategi peperangan British yang mantap dan tersusun

Soalan 3 berdasarkan pernyataan di bawah

  " Peristiwa tersebut merupakan pengalaman yang patut dan dahsyat yang
     pernah dialami oleh Angkatan Tentera Laut British di Tanah Melayu"

3        Pernyataan di atas telah disuarakan oleh Sir Winston Churchill. Apakah peristiwa yang dimaksudkan?

A  Pengeboman Jepun ke atas Kota Bahru dan Terengganu

B  Pengeboman Jepun ke atas pangkalan laut British di Pulau Pinang

C  Pengeboman Jepun ke atas kapal perang Repulse dan Prince of Wales

D  Pengeboman Jepun ke atas pangkalan laut British di Singaoura

Soalan 4 berdasarkan pernyataan di bawah

    Pasukan polis tentera "Kempeitai" telah ditubuhkan oleh Jepun untuk menjaga
    Kepentingan Jepun dan diletakkan di bawah pengawasan Ketua Kampung     
    dan  Ketua Anak Negeri

4        Apakah tujuan utama  penubuhan pasukan polis tentera Kempeitai ini?

A  Melicinkan lagi  soal pentadbiran negeri

B  Mengintip kegiatan anti- Jepun di kalangan rakyat

C  Memberikan latihan ketenteraan kepada orang Melayu

D  Menghapuskan saki baki tentera British dan pengikutnya

5        British telah mengamalkan "Penentangan Secara Bumi Hangus" semasa kemaraan  Jepun. Apakah cara yang dilakukan oleh British ini?

A  Mengebom kawasan yang diisytiharkan kawasan putih

B  Memusnahkan kawasan yang menjadi sumber ekonomi

C  Membakar segala kubu pertahanan Jepun yang dikenalpasti

D  Membakar segala kemudahan yang terdapat di Tanah Melayu

Soalan 6 berdasarkan senarai di bawah

                                         ·         Gobek untuk mendapatkan api

                                         ·         Garam daripada air laut

                                         ·         Gula dibuat daripada nira  kelapa

                                         ·         Baju dibuat daripada guni dan kulit kayu

6        Senarai di atas menunjukkan bahawa

    A  orang tempatan tidak mahu perubahan dan kemajuan

    B  orang tempatan gigih berikhtiar menempuh kesukaran

    C  orang tempatan sangat kreatif merekacipta bahan baru

    D  orang tempatan tidak pandai berdikari dan berusaha

Soalan 7 berdasarkan senarai di bawah

                                                             ·         Force 136

                                                             ·         MPAJA

7        Berdasarkan senarai di atas, apakah ciri-ciri persamaan yang terdapat pada pertubuhan di atas?

I      Pasukan penentang Jepun

II     Bergerak secara sulit

III    Bekerjasama dengan Jepun

IV   Menerima latihan ketenteraan daripada British

A      I  dan  II      

B      II dan III     

C      III dan IV

D      I dan IV

8        Apakah  tujuan penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)?

I      Menentang tentera British

II     Membina perpaduan Melayu

III    Membentuk Indonesia Raya

IV    Menghapuskan tali barut British

A    I  dan  II

B    II dan III

C    III dan IV 

D    I dan IV 

9        Beberapa langkah telah dilakukan oleh Jepun untuk melaksanakan Dasar Penjepunannya. Apakah langkah-langkah tersebut?

I       Menghapuskan segala bentuk pendidikan Barat

II      Masyarakat tempatan diajar tentang bahasa dan budaya Jepun

III     Sekolah Cina tidak boleh dibuka langsung

IV    Minggu Bahasa Jepun diadakan di bandar-bandar

A    I, II dan III

B    I, II dan IV

C    I, III dan IV

      D    II, III dan IV

10   Antara berikut, yang manakah pentadbiran di Borneo Utara semasa pemerintahan Jepun

I      Ketua Tempatan

II     Pegawai Daerah

III    Gabenor

IV    Ketua Wilayah

A     I, II dan III

B     I, II dan IV

C     I, III dan IV

D     II, III dan IV

B. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1.      Pada bulan September 1940, Jepun menyertai Pakatan Axis yang dianggotai oleh___________ dan  __________ di Eropah.

2.      Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat telah mengakibatkan Jepun mengebom __________________ iaitu pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Lautan Pasifik pada ______________.

3.      Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu______________ dan ____________. Serangan ini bermula pada ____________

sehinggalah _____________.

4.      Tentera Jepun memperkenalkan ______________________ di mana setiap keluarga bertanggung jawab terhadap ahli-ahli keluarganya.

5.      Penubuhan ________________________ oleh bekas pegawai-pegawai British adalah untuk melantik orang-orang tempatan menggunakan senjata api.

C. Tuliskan huruf B bagi pernyataan yang betul dan huruf S bagi pernyataan yang    salah.

1.      Leftenan Adnan telah mengetuai pasukan Askar Melayu yang ditempatkan

      di Bukit Gap, Singapura.                                                                         (        )

                                                                                   
2.      Seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura telah jatuh ke tangan Jepun

      pada 19 Januari 1942.                                                                            (        )      


3.      Di Sarawak, terdapat hanya dua buah pasukan pertahanan iaitu The

      North Borneo Armed Constabulary dan Pasukan Sukarelawan yang

      terdiri daripada orang Bumiputera, India, Cina dan Eropah.                   (        )


4.      Tanah Melayu diperintah oleh Jepun di bawah satu wilayah yang terdiri

Daripada tujuh daerah iaitu Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak, Pahang,

Selangor dan Negeri Sembilan. Singapura diasingkan dan diberi nama

"Syogun".                                                                                                  (        )


5.      Pusat pentadbiran Jepun yang berpusat di Kuching telah dipindahkan ke

Sabah pada Oktober 1943 setelah berlaku Pemberontakan Double Tenth

Di Sabah.                                                                                                 (        )



F. Lengkapkan silang kata di bawah.

 
Melintang

1.      Kapal perang British yang berjaya ditenggelamkan oleh Jepun.

3.      Leftenan yang mempertahankan negara sehingga kehabisan peluru.

5.   Kuasa tertinggi di daerah-daerah Negeri-negeri Melayu Utara.

7.      Pakatan yang dianggotai Jepun, Jerman dan Itali.

8.      Pertubuhan yang pernah dipimpin oleh Ibrahim Hj. Yaacob.

10.  Komanden tentera Jepun yang menyerah kalah kepada pemerintah Tentera Berikat.

11.  Pertubuhan yang dianjurkan oleh pihak Jepun. Juga dikenali sebagai Giyu Gan.

Menegak

2.      Pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Tentang Hal Ehwal Orang Iban.

4.      Negeri yang diasingkan pentadbirannya daripada Tanah Melayu.

6.      Bandar yang dibom oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945.

9.      Pemimpin orang Melayu yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Lawas.

BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH
              MELAYU

A. Pilih jawapan yang betul

Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah