Members (Click Join)

PT3

 PT3 SEJARAH

.Kepada Anak-anak didik yang dikasihi, format isi kandungan boleh ikut macam yang ada dalam blog cikgu ni yer..Buat dulu mana-mana bahagian yang dah dapat maklumat..Di bawah ini contoh Penghargaan, Objektif Kajian dan Kaedah Kajian..Buat yer..senang jer kan???

Contoh PENGHARGAAN:

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan "Sekolah Saya". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini.

Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Pn. Mariam Bt Md.Zain kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas 2 Rancangan Khas 1 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan.

Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.

Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN: (contoh ini hanya sesuai digunakan untuk kerja kursus T2)

(a) Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah
(b) Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah
(c) Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah
(d) Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah
(e) Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat tentang sekolah

KAEDAH KAJIAN:

(a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat.
                                                    menemubual tokoh seperti pengetua, guru dan tokoh pelajar.
                                                    (Nyatakan siapa yang ditemubual)
(b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail
                                                      kurikulum dan kokurikulum sekolah
                                                      (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan)

(c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama,
                                            pusat sumber, dan makmal ICT

(d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati

(e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet
                                                   (Nyatakan laman web yang digunakan)