Members (Click Join)

NOTA TING 3

NOTA BAB 1-7 (M'S WORDS FILE) 


NOTA BAB 1-7 (PDF FILE)

 "Jika nota yang berbentuk PDF file ni ambil masa yang lama untuk di download/buka/print sila download nota dalam fail Microsoft Office di atas..Harap Maklum"

BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (KLIK)

BAB 2: MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (KLIK)

BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA & DARURAT (KLIK)

BAB 4: KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN (KLIK)

BAB 5: KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 (KLIK)

BAB 6: PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH &   SARAWAK

BAB 7: MALAYSIA YANG BERDAULAT (KLIK)


BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

  1. 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945, Jepun memerintah Tanah Melayu.
  2. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan rakyat.
  3. Jepun memerintah Tanah Melayu secara ketenteraan.
1.1 Pemerintahan Tentera Jepun
  • Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868.
  • Mikado Meiji melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan dan perindustrian
  • Negara-negara Barat dijadikan model untuk memajukan Jepun
  • Negara China menjadi sasaran awal perluasan kuasa Jepun kerana mempunyai banyak bahan mentah.
  • Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar setelah berjaya mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia Jepun pada tahun 1905.
CARTA PERLUASAN KUASA JEPUN SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2
  •  1895 - Jepun memenangi Perang China-Jepun Pertama
  •  1905 - Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun
  •  1910 - Jepun menguasai Korea
  •  1932 - Jepun menakluki Manchuria
  •  1937 - Jepun memenangi Perang China-Jepun Kedua
  •  1941 - Jepun menduduki Indo-China
  •  1941 - Jepun menyerang Asia Tenggara
Faktor Utama Perluasan Kuasa Jepun adalah disebabkan masalah ekonomi negaranya:-
  • Pertambahan penduduk Jepun
  • Kekurangan tanah pertanian
  • Memerlukan  bekalan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah.
  • Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustrian
Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun pada tahun 1940 kerana Jepun enggan berundur dari Negara China:-
  • Pihak Jepun berjaya menawan sebahagian negara China setelah perang China-Jepun tahun 1937
  • Tindakan Amerika Syarikat menyebabkan kerajaan Jepun menyerang Asia Tenggara di bawah pimpinan Jeneral Tojo untuk membebaskan Jepun daripada sekatan tersebut
  • Golongan tentera telah mengambil alih pemerintahan Jepun sejak bulan februari 1936
Jepun telah menggunakan PROPAGANDA sebelum menyerang Tanah Melayu Untuk mempengaruhi Penduduk Tanah Melayu iaitu:-
  • Slogan "Asia Untuk Orang Asia"
  • Slogan "Semangat Asia"
  • Rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya"