Members (Click Join)

NOTA TING 2

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)
·          sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
·          Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
·          terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
·          Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan

·    kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat

·    banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal

·    pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China

·    tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan

·    banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China

·    teh dari China diperlukan oleh SHTI

·    China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera

·    SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya

·    SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India

·    Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

·    Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu

·    pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran

·    Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa

·    para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma
i)   Ancaman Bugis Dari Selangor

·    akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar

·    keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah

·    tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah

·    kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara

·    kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa

·    tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar

·    Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar

·    Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza

·    tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding

·    perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah

·    firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
·    Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor
(ii) Ancaman Siam
·    Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)

·    selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia

·    Kedah berasa terancam

·    Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI

·    Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam

·    Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera

·    SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang
 (Teks m/s: 7-9)
·    SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu

·    SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka

·    SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
·    Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah

·    Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu

·    Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan

·    nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light

·    Ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III

·    tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang

·    tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah

·    bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

·    SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

·    SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

·    SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

·    tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah

·    Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)

·    SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian

·    SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam

·    Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji

·    Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah

·    Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light

·    Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang

·    Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor

·    Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai

·    Sultan Abdullah tewas

·    Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791

kesan-kesan:

- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

    - sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
    - George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama